Tulisan Iban kuno Papan Turai
Papan Turai merupakan satu sistem tulisan kuno kaum Iban di Borneo.Sistem tulisan ini berbentuk hieroglif atau pictograf (bergambar) yang dipercayai diwarisi masyarakat Iban dari Dewa di Panggau Libau.Berdasarkan bukti arkeologi di Santubong Kuching Sarawak ditemui ukiran simbol pada batu dipercayai sekitar kurun ke 5 hingga ke 7 yang mirip simbol yang terdapat di Papan Turai Iban.
Berdasarkan kajian ke atas lukisan bergambar di Gua Niah yang dihuni manusia 40,000 tahun juga ditemui lukisan purba seperti tulisan kuno (pictograf) yang mirip tulisan Iban di Papan Turai yang dicadangkan berusia sekitar 2300 tahun.Ini membuktikan bahawa pada zaman dahulu telah wujud sebuah peradaban awal di Borneo Sarawak sejak zaman neolitik.Tulisan Iban ini juga mempunyai kemiripan dengan tulisan 'hieroglif' tamadun Mesir kuno.
Antara gambar tulisan kuno Iban di Museum Sarawak
Contoh Papan Turai (Pictograf) Iban kuno
Ulasan
Catat Ulasan